Tudung labuh bidang 60 (inci) di Taman Firdausi didatangkan dalam 3 bentuk bagi memenuhi citarasa pelanggan iaitu bentuk empat segi, bulat dan bundar. Setiap bentuk pula dihasilkan dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian fizikal dan keselesaan kalian.
BENTUK EMPAT SEGI
Tudung bidang 60 yang biasa dijual di pasaran sebenarnya adalah saiz 52 inci. Sebagai contoh, bagi pelanggan yang mempunyai ketinggian 157cm seperti saya, saiz 52 adalah yang sesuai. Namun, terpulang kepada kalian untuk memilih mengikut citarasa. (",)
BENTUK BULAT & BUNDAR
Beza bentuk BULAT dan BUNDAR adalah pada potongan di sisi kanan dan kiri tudung. Manakala ukuran daripada kepala ke bawah adalah sama. Sila lihat pada gambar di atas.
Sila nyatakan BENTUK dan SAIZ tudung pilihan anda ketika membuat tempahan.






No comments:
Post a Comment