Cara Pembelian

Kepada pelanggan yang berminat mendapatkan produk di Taman Firdausi ini, sila ikuti langkah berikut bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak.

LANGKAH 1: PESANAN
Ada 2 kaedah yang diterima pakai:
  1. Isi BORANG PESANAN di laman web ini atau
  2. Hantarkan SMS ke no 013-6697267
Saya akan memberi maklum balas tentang stok dan jumlah perlu dibayar termasuk kos penghantaran. Beri tempoh masa  2 hari untuk saya berikan respon. [Memandangkan perniagaan ini adalah kerja sampingan saya, maka perlulah saya mengutamakan kerja majikan saya dahulu. Namun, kalian tetap tidak saya abaikan. Harap kalian memahami, ya ;)]

LANGKAH 2: PEMBAYARAN

Selepas kalian menerima respon daripada saya, sila jelaskan pembayaran dahulu dan nyatakan butiran pembayaran kepada saya melalui e-mel / SMS. Maklumat yang saya perlukan adalah:
  • Nama
  • No. Telefon
  • Bank Transaksi
  • Tarikh & Masa Transaksi
  • Jumlah

Kalian boleh pilih untuk membuat bayaran melalui mana-mana akaun bank berikut:
  • Maybank - 162209978908
  • CIMB - 08160018577522
  • BIMB - 14162020068932
Pastikan nama tertera adalah Firdaus binti Md Tahir.
Sekiranya pembayaran tidak dibuat dalam tempoh 3 hari selepas saya memberi maklum balas, pesanan kalian dianggap batal.  

LANGKAH 3: PENGHANTARAN
Barang akan diposkan kepada kalian pada hari Isnin atau Khamis selepas pembayaran penuh dijelaskan. Perkhidmatan yang digunakan:
POS LAJU
  • RM6 bagi 500gm (Pantai Barat Malaysia)
  • RM8 bagi 500gm (Pantai Timur Malaysia/Sabah/Sarawak)
  • Sampai maksimum 3 hari bekerja
POS MALAYSIA (e-parcel) 
  • RM7 bagi 500gm-2kg
  • Semenanjung Malaysia - sampai maksimum 7 hari bekerja
  • Sabah/ Sarawak/Luar Negara - sampai maksimum 14 hari bekerja


LANGKAH 4: SEMAKAN
Selepas pos, saya akan maklumkan no. track dan kalian boleh semak status penghantaran di link ini

LANGKAH 5: KETIBAAN BARANG KE ALAMAT KALIAN
Insya-Allah, tiada aral melintang, barang pembelian kalian akan sampai ke tangan kalian. Jika tidak sampai, jangan lupa hubungi saya, ya!

Itu sahaja. Mudah sahaja kaedahnya, bukan? [Kalian tidak perlu berpeluh-peluh dan terjebak dengan traffic jam lagi, tau-tau barang sampai (",)]
Sekalung ucapan terima kasih kerana berurus niaga dengan saya dan menyokong perniagaan muslim. Semoga kalian berpuas hati. Yang baik itu hanya milik Allah....