Sunday, January 23, 2011

Ukuran Tudung

Tudung labuh bidang 60 (inci) di Taman Firdausi didatangkan dalam 3 bentuk bagi memenuhi citarasa pelanggan iaitu bentuk empat segi, bulat dan bundar. Setiap bentuk pula dihasilkan dalam pelbagai saiz mengikut kesesuaian fizikal dan keselesaan kalian.

BENTUK EMPAT SEGI

 


Tudung bidang 60 yang biasa dijual di pasaran sebenarnya adalah saiz 52 inci. Sebagai contoh, bagi pelanggan yang mempunyai ketinggian 157cm seperti saya, saiz 52 adalah yang sesuai. Namun, terpulang kepada kalian untuk memilih mengikut citarasa. (",)

BENTUK BULAT & BUNDAR





Beza bentuk BULAT dan BUNDAR adalah pada potongan di sisi kanan dan kiri tudung. Manakala ukuran daripada kepala ke bawah adalah sama. Sila lihat pada gambar di atas. 

Sila nyatakan BENTUK dan SAIZ tudung pilihan anda ketika membuat tempahan.

Saturday, January 22, 2011

TUDUNG LABUH | Roselle

Assalamualaikum semua....
Sebagai pengenalan, saya bawakan tudung terbaru dari kilang khusus untuk kalian.

Kalian pernah tercari-cari tudung labuh yang rasa sejuk bila dipakai dan mudah dibentuk pada muka kalian? Jika ya, mari lihat apa yang saya tampilkan di Taman Firdausi.

Tudung Roselle
Masih panas dari kilang. Menariknya ia hadir dengan dua jenis iaitu bercorak dan plain. Bolehlah kalian sesuaikan apabila memakai baju bercorak atau baju plain. Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar. Warna dalam gambar mungkin sedikit berbeza kerana pencahayaan semasa fotografi.

Didatangkan dalam 7 Warna

Bentuk empat segi: RM33.00

Bentuk bulat/ bundar: RM39.00



Kain meter: RM22.00/meter


Jenis material: Soft koshibo


Didatangkan dalam 8 Warna


Empat segi: RM24

Bulat/ Bundar: RM26


Kain meter: RM13.50/ meter



Jenis material: Soft koshibo


No 1 - warna biru nila


No 2 - warna krim


 No 3 - warna merah cair


 No 4 - warna biru

No 5 - warna ungu

 No 6 - warna jingga


 No 7 - warna kelabu


No 8 - warna hitam


Sila scroll semula ke atas bagi melihat harganya. Untuk melihat bentuk tudung, sila lihat di bahagian info. Oh ya, harga ini belum termasuk kos pos. Selamat bersiar-siar di Taman Firdausi. Jika berminat untuk mendapatkannya, sudi-sudikanlah mengisi Borang Pesanan, ya. Sebarang persoalan, jangan segan silu kemukakan di ruang mesej, OK. Terima kasih. (",)

Wednesday, January 19, 2011

Taman Firdausi Kini Dibuka!

Alhamdulillah, Taman Firdausi kini dibuka secara rasminya pada hari ini bertarikh 20.01.2011. Kebetulan cantik pula tarikh hari ini, mudahlah saya menghitung ulangtahun kelahirannya nanti. Oh, ia tiada kaitan dengan perayaan kaum India, ya. (",) 


Sebenarnya tujuan kewujudan taman online ini adalah sebagai wadah alternatif khusus untuk para muslimah mendapatkan busana muslim dan muslimah yang insya-Allah menepati syariah dan citarasa. Apa sahaja produk yang dijual di taman ini adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai pengguna yang agak lama dan masih evergreen hingga kini. Justeru saya rasa terpanggil untuk berkongsi kebaikan dengan pelanggan sekalian. Bukankah, sharing is caring? Dan sharing is power? (",)


Sebagai pembuka tirai perniagaan online saya ini, saya tampilkan tudung labuh bidang 60 inci yang sentiasa dicari-cari oleh muslimah di luar sana. Besarlah harapan saya agar dapat memenuhi permintaan kalian, insya-Allah. Yang baik dan buruk itu datangnya daripada Allah. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya melangkah....