Tuesday, April 19, 2011

TUDUNG LABUH AWNING | Dahlia

Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Didatangkan dalam 7 warna 

Bentuk empat segiRM54
Bentuk bundarRM58 
Jenis kainLycra Korea 
Ciri-ciri istimewa:
- Awning- Dua lapisTidak melekap ke badanTidak jarangTidak panasSelesaMesra cucian mesinAwning tidak 'patah'Tahan kedut
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Klik gambar untuk paparan lebih jelas

Wednesday, April 13, 2011

TUDUNG LABUH AWNING | Lily


Klik gambar untuk paparan lebih besar
Didatangkan dalam 3 warna 

Bentuk empat segiRM58
Bentuk bundarRM64 
Jenis kain: Lycra Korea 
Ciri-ciri istimewa:
- Awning- Dua lapis
-
Tidak melekap ke badan
-
Tidak jarang
-
Tidak panas
-
Selesa
-
Mesra cucian mesin
-
Awning tidak 'patah'
-
Tahan kedut
Klik gambar untuk paparan lebih besar
Kod : TL 01 [Hitam]


Klik gambar untuk paparan lebih besar
Kod : TL 02 [Coklat gelap]


Jika berminat, sila isi Borang Pesanan ini.

Wednesday, April 6, 2011

BUKU | Bila Anak-anak Bertanya tentang Allah dan Alam Ghaib

"Ibu, Allah diperbuat daripada apa?"
"Allah ada ayah dan ibu tak?"
"Allah tinggal di mana?"
"Kenapa kita tak boleh nampak Allah?"

Pernahkah anda berhadapan dengan soalan-soalan sebegini daripada anak-anak anda?
Jika pernah, apakah jawapan yang anda berikan pada persoalan mereka?
Adakah mereka faham dan menerima jawapan anda?
Atau mereka terus bertanya lagi?

Jika anda belum pernah ditanya, yakinlah suatu hari nanti anak-anak anda akan bertanyakan soalan-soalan ini. Jadi, sudahkah anda bersedia dengan jawapan-jawapannya?

Sebagai ibu bapa, janganlah kita meninggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti ini:
“Ayah tidak tahu. Pergi tanya pada ibu.”
“Jangan kamu bertanya lagi.”
“Kamu kecil lagi, bila kamu sudah besar nanti kamu akan tahu.”

Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti membuatkan anak-anak anda terus tertanya-tanya sendiri, lantas terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak ini membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kurang pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Sebagai orang tua mereka, bantulah anak kita menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan minda mereka. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak adalah meneguhkan iman anak-anak. Jika tidak, kita sendiri yang menanggung balasan di akhirat.

Hadirnya buku  ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah. Milikinya sebelum terlewat.


 RM16 (Semenanjung)
RM19 (Sabah/Sarawak)